fbpx

Hangat diperkatakan mengenai desas-desus hubungan cinta Zul Ariffin dengan produser filem, Gayatri Su-Lin Pillai kembali bertaut, aktor itu memberitahu mereka hanya sekadar kawan.

Memetik mStar Online, Zul berkata dia sudah menganggap Gayatri seperti ahli keluarganya sendiri dan setiap tahun akan beraya dengan keluarganya.

BACA: Zul Ariffin Masih ‘Couple’ Dengan Gayatri?

“Dia setiap tahun akan beraya dengan keluarga saya. Saya sudah anggap Gayatri macam keluarga saya.

“Daripada dulu emak saya memang sayang dia macam mana sekali pun, memang sudah anggap macam anak dia sendiri. Kalau tengok balik, setiap tahun ada (gambar raya bersama). Bagi saya saya tak kisah pun (raya bersama bekas kekasih),” katanya.

Dalam pada itu, Zul berkata dia sudah ada teman istimewa dan akan berkongsikan berita gembira jika mahu mendirikan rumah tangga serta memilih tidak mendedahkan identiti wanita itu di media sosial.

“Awak tengok sosial media sekarang ini, sebab itu saya tidak selalu memuat naik dekat sosial media sebab semakin mengarut.

“Saya cuba sedaya upaya untuk melindungi apabila manusia atau netizen ini memberi komen seumpama tidak sedar diri yang sehingga menghina orang, merendah, rendahkan orang. Jadi saya rasa lebih baik saya senyap,” katanya.

SUMBER: mStar Online