fbpx

Zul Ariffin Masih ‘Couple’ Dengan Gayatri?

Perkongsian penerbit, Gayatri Su-Lin Pillai menjadi perhatian apabila memuat naik video bersama Zul Ariffin serta ahli keluarga pelakon itu meraikan Aidilfitri bersama tahun ini.

Menerusi video tersebut, Gayatri dilihat sangat mesra dengan ahli keluarga Zul seolah pertalian antara mereka istimewa.

BACA: Zul Ariffin Kahwin Hujung Tahun, Rahsiakan Bakal Isteri

Turut menjadi perhatian, pelakon Liyana Jasmay meninggalkan komen mengucapkan selamat hari raya buat pasangan kesukaannya itu.

Difahamkan, sejak kebelakangan ini, Gayatri dan Zul sering kelihatan hadir bersama ke pelbagai acara hiburan termasuk tayangan program raya Astro, baru-baru ini. Bagaimanapun, Zul menepis dakwaan cinta mereka kembali bertaut pada sekitar tahun lalu.

Sebelum ini, Zul pernah menyatakan Gayatri adalah wanita istimewa dalam hidupnya. Malah Zul turut hadiahkan kereta mewah kepada penerbit itu pada 2022.

Terdahulu, Zul dan Gayatri dikatakan pernah menjalin cinta sejak 2012, namun hubungan mereka kemudian berakhir selepas tiga tahun.