fbpx

Tiada Tindakan Lanjut, Kes Adi Putra Digugur Polis

Dalam satu sidang media yang diadakan di Kuala Lumpur malam tadi, Adi Putra yang ditemani peguam beliau memaklumkan yang keputusan rasmi dari pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah mengklasifikasikan kes skandal beliau sebagai no further action (NFA).

Ini sekaligus bermaksud tiada sebarang pertuduhan terhadap Adi Putra berkaitan skandal beliau baru baru ini yang dikatakan melibatkan seorang isteri kepada ahli perniagaan di Johor.

BACA: Adi Putra Disiasat Kerana Dakwaan Ada Skandal Dengan Isteri Orang

“Sebarang kenyataan atau artikel bertulis yang bertujuan mengaitkan saya dengan tuduhan yang dibuat oleh pengadu dengan niat menjatuhkan amruah dan reputasi saya adalah salah di sisi undang undang & tidak teragak agak untuk mengambil tindakan”

Dalam kenyataan yang sama kepada media, Adi Putra menegaskan yang kes ini sudah selesai dan tidak ada kene mengena lagi dengan dirinya selain meminta semua pihak supaya tidak mengaitkan dirinya lagi dengan skandal ini. (rtky/m)