Tiada Tawaran, Ameng Duduk Rumah Baca Al-Quran
Biarpun tiada undangan nyanyian pada Ramadan kali ini, vokalis kumpulan Spring, Ameng meluahkan rasa syukur kerana diberikan ruang untuk beribadah.
Menurut Ameng, selepas beberapa bulan sibuk dengan kerja, bulan Ramadan adalah waktu untuk dia fokus dengan melakukan ibadah dengan membaca Al-Quran dan menunaikan solat terawih.
BACA: Bengang Dituduh Masih Hisap Dadah, Ameng Buat Laporan Polis
“Dalam setahun, ada 12 bulan, jadi apa salahnya meluangkan masa selama sebulan untuk beribadah. Buat apa yang mahu kejar semuanya dalam bulan ini, sebab sebelum ini sudah sibuk bekerja. Jadi, saya tidak mahu melepaskan peluang dan mahu sempurnakan ibadah saya sebaik yang boleh.
“Saya sendiri sememangnya merancang dari awal untuk fokus pada ibadah puasa, dari solat subuh di masjid, membaca al-Quran, terawih dan sebagainya. Sebab itu, tak mengapa jika tiada ‘job’ bulan ini sebab boleh fokus dengan ibadah,” katanya.
Kata Ameng lagi, dia tidak menafikan pendapatannya agak terjejas selepas sekian lama tidak bekerja namun memilih untuk berjimat cermat.
Dalam pada itu, Ameng mengakui tawaran kerja tidak banyak dan hanya menerima satu hingga dua undanggan nyanyian sejak industri kreatif dibenarkan untuk beroperasi sejak hujung tahun lalu.
“Saya belum menerima tawaran menyanyi meskipun penyanyi lain banyak menerima tawaran menjayakan showcase seperti kita boleh tengok. Ada konsert Datuk Jamal Abdillah, Zamani, Awie dan sebagainya.
“Tetapi, saya belum dipanggil, cuma saya ada tawaran menjayakan program Hiburan Minggu Ini terbitan RTM, tetapi dibatalkan berikutan salah seorang anggota Spring positif COVID-19.
“Jadi mungkin akan dibuat selepas Aidilfitri nanti. Jujurnya, saya hanya menerima satu hingga dua undangan selepas industri kreatif dibenarkan kembali beroperasi. Itu pun menghadiri forum di masjid. Tetapi, tidak mengapalah, saya duduk di rumah sahaja baca al-Quran,” katanya.
- SUMBER
- BH Online
Rezeki ni bkn setakat dpt duit jek. Bdn yg sihat tu pun rezeki, masa yg lapang tu pun rezeki, dpt buat amal ibadat tu pun rezeki. Jadi jgn kita serabut asyik fikir nk cari duit saja. Bersyukulah bila Allah bg mcm2 nikmat sehari2 yg kita x perasan yg ia adalah nikmat yg sngt mahal. Terutama bila semua itu dah x mampu kita kecapi nanti.
Betul tu katammu diatas.. Kesihatan juga rezeki
Kalau ada job, quran tolak tepi le agaknya huhu
~Sampai hati mu
~meninggalkan akku…
Dulu masa tengah top, kahwin dengan A. Aida.
Bila sabit dengan dadah, jadi bottom. Sapa-sapa pun.
Lepas cerai, Aida kahwin dengan pegawai polis. Ameng sakit hati, punya dunggu, pergi telefon, ugut. Suami baru buat rakan. Ameng kena charge dan dipenjara.
Aida cerai sekali lagi… Macam drama Melayu kat TV. Tapi Aida ni berjaya sebagai Penerbit. Ameng pula…?
Tak apa, rezeki di tangan Tuhan. Kita tak tahu apa nasib masa depan.