fbpx

“Tiada Sebab Putuskan Hubungan Dengan Bekas Mertua”

Hampir dua tahun mendirikan rumah tangga dengan Nedim Nazri, sehingga kini Nora Danish tetap menjaga hubungan baik dengan keluarga bekas mertuanya dan menziarahi mereka setiap kali Hari Raya.

Menurut Nora, dia tidak akan sesekali memutuskan tali silaturahim dengan keluarga bekas mertuanya dan tiada sebab untuk melupakan ikatan yang sudah terjalin lebih 13 tahun itu.

BACA: Nora Danish Akui Rimas Ditemani Pengawal Peribadi

“Saya dan suami selalu bertemu dengan ibu dan keluarga masing-masing. Seminggu lebih dari dua kali. Kami berdua ni memang jenis yang rapat dengan keluarga walaupun sudah berkahwin.

“Agaknya mungkin kerana kami berdua adalah anak bongsu. Hal ini juga tidak terkecuali dengan keluarga bekas mertua,”

“Tak perlu fikir apa tanggapan orang yang penting, keikhlasan kami mengekalkan silaturahim antara keluarga tanpa mengira pangkat atau darjat.

“Lagipun, saya tidak mempunyai keluarga yang besar. Jadi merekalah ‘keluarga’ saya di sini. Kenapa harus ditamatkan ikatan yang sudah terjalin lebih dari 13 tahun?” katanya kepada Utusan Online.

Apa pun sikap Nora Danish ini sepatutnya dijadikan contoh. Tidak semestinya sudah bercerai hubungan dengan keluarga mertua juga akan terputus. Apa yang penting adalah kebahagiaan anak-anak.