Tiada Rasa Kesalan, Chef Wan Gembira Dapat Bahagiakan Ibu
Semalam, cef selebriti terkemuka, Chef Wan berkongsikan khabar duka pemergian ibu tercinta Allahyarham Noraini Abdulla yang meninggal dunia pada usia 93 tahun.
Pasti ramai tahu, Chef Wan sememangnya mempunyai hubungan akrab dengan ibunya malah sanggup berbelanja ribuan ringgit untuk kebajikan dan perubatan ibunya.
BACA: Ibu Chef Wan Meninggal Dunia
Terbaru, Chef Wan ada memuat naik perkongsian serta luahan perasaan mengenai pemergian ibunya. Chef Wan berkata meskipun sedih namun dia akan ubati hatinya dengan mengimbas kembali kenangan manis bersama ibunya.
View this post on Instagram
“Saya yakin, kehilangan seseorang sangatlah menyedihkan dan mengambil masa agak lama untuk kembali pulih ke sediakala sepertimana pernah dilalui semasa arwah bapa meninggal dunia sejak lapan tahun lalu.
“Setiap kali saya berduka, saya cuba ubati hati dengan memikirkan kenangan manis kami seperti membuat dia gelak tawa dan bahagia,”tulisnya.
Menurut Chef Wan lagi, tiada apa yang dikesalinya sebaliknya rasa gembira kerana dapat membahagiakan ibuya hingga ke akhir hayat.
“Tiada rasa apa-apa kesalan pun , malahan terasa bangga dan bahagia yang amat sangat. Serta mereta Allah berikan saya kebahagiaan dan senyuman. Tidak dapat digambarkan tetapi semua itu diperoleh apabila seseorang anak melakukan perbuatan baik kepada ibu bapa mereka,” tulisnya.
Dalam pada itu, Chef Wan turut berkongsikan bahawa selama ini dia merancang untuk peruntukan perbelanjaan perubatan buat ibunya bagi mendapatkan rawatan terbaik.
“Beberapa tahun lalu, saya telah memperuntukkan sekitar RM350,000 untuk perbelanjaan perubatan ibu saya untuk perjalanan terakhirnya. Saya telah merancang selama ini dan tidak membazir wang untuk sesuatu yang lain.
“Jika anda ingin memberikan ibu bapa anda rawatan perubatan yang berkualiti, anda mesti mula menyediakan dana atau membeli insurans perubatan mereka secepat mungkin,” tulisnya.
Bagusla yg baik MCM ni harusla xpose KT netizen.blh sama2 fikirkan Dan encourage org buat baik kat parents.ni dgn parent kedekut nak mam.hah sambung sendiri
Ya chef wan. Kau memang anak yang baik. Tapi bukan semua ibu bapa baik. Cuma nasib kau je tak kena parents yang toxic sampai kau trauma seumur hidup. Tak perlu pukul rata sebab banyak lagi insan yang kuat berkorban berjihad mental fizikal dari kau.
Setuju dengan Ros,
YTJT
=(
apa pon al-fatihah…
agree with ros