fbpx

Ibu Chef Wan Meninggal Dunia

Cef selebriti popular, Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan memaklumkan khabar duka, ibunya Noraini Abdullah atau Cik Ani disahkan meninggal dunia sekitar jam 6.20 pagi tadi.

Allahyarham berusia 93 tahun menghembuskan nafas terakhir selepas 10 hari dimasukkan ke hospital akibat kanser dan beberapa komplikasi penyakit

BACA: Chef Wan Upah Jururawat RM6,000 Sebulan Untuk Jaga Ibu

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

Chef Wan memaklumkan, jenazah ibunya akan dibawa ke Masjid Putra, Putrajaya untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Baqi, Cyber 10, Cyberjaya.