fbpx

Hari ini kita dikejutkan dengan berita penyanyi Adira Suhaimi memfailkan cerai buat kali kedua terhadap suaminya, Dato Red pada 25 Oktober lalu.

Memetik mStar Online, peguam yang mewakili Adnan, Muhammad Akmal Amzan berkata anak guamnya itu tidak setuju dengan permohonan Adira dan mahu menyelamatkan rumah tangga.

BACA: Adira Fail Cerai Kali Kedua Terhadap Suami

“Punca pencberaian tidak bole nak beri lebih mendalam cuma saya boleh katakan tiada persefahaman di antara mereja. Pada sebutan pertama 14 November lalu, Adnan memberitahu mahkamah dia tidak setuju dengan permohonan Adira,” katanya.

Dalam sebutan kedua pagi tadi, pasangan tersebut hadir bagi melantik wakil proses Jawatankuasa Pendamai (JKP), bagaimanapun Adnan gaggar membawa calon untuk proses tersebut.

Menurut Akmal lagi, Adnan gagal membawa wakil disebabkan calon tersebut mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan.

Sementara itu, Adira enggan mengulas lanjut mangenai perkara itu dan akan memberikan kenyataan apabila sudah bersedia.

Terdahulu, Adira pernah memfailkan perceraian pada 1 April 2019 namun menarik semula permohonan bagi memberi peluang kepaa suaminya.