fbpx

Tiada Pembantu Rumah, Ain Edruce & Suami Bergilir Jaga Anak

Pelakon dan pengacara Ain Edruce kini memperlahankan karier seninya buat sementara waktu untuk memberi perhatian pada anaknya, Soraya.

Menurut Ain, sebelum ini dia sering memberikan fokus terhadap kerja, namun kini lebih mengutamakan anak perempuannya yang baru berusia tujuh bulan.

BACA: Ain Edruce Kongsi Wajah, Nama Anak Sulung

“Anak lagi penting buat masa sekarang. Tambah lagi saya dan suami, Amirul Hafiz Mustaffa, 29, menjaga sendiri anak kerana tiada pembantu rumah.

“Agak bermasalah juga untuk dapatkan pembantu rumah sekarang. Kalau boleh, lagi senanglah kalau ada pembantu. Macam kata emak, agak memudahkan juga kalau ada pembantu kerana saya senang nak bekerja.

“Buat masa ini kalau saya kerja, suami yang akan jaga anak. Kalau suami kerja, saya pula kena bercuti. Tak boleh kedua-dua kami bekerja serentak sebab Soraya kena ada salah seorang dari kami bersamanya,” katanya.

Dalam pada itu, Ain berkata dia tetap akan memantau aaknya serta tidak akan membiarkan anaknya dijaga tanpa pemantauan ahli keluarga jika ada pembantu rumah.

“Saya tak akan membiarkan anak dan pembantu macam itu saja. Syaratnya, salah seorang emak kami kena ada sekali menjaga Soraya. Dengan cara ini, kami taklah rasa susah hati dan boleh fokus pada kerja,” katanya.

Ain mendirikan rumah tangga dengan Amirul yang juga ahli perniagaan dalam sebuah majlis di Quill City Mall pada 13 Disember 2019 selepas enam bulan mengikat tali pertunangan.