fbpx

Ain Edruce Kongsi Wajah, Nama Anak Sulung

Selepas dua minggu selamat melahirkan anak sulung, pelakon dan pengacara Ain Edruce akhirnya berkongsikan wajah anak perempuannya yang diberi nama Soraya yang membawa maksud cantik.

BACA: Ain Edruce Ditegur Baru 5 Hari Bersalin Dah Pakai Seluar

“Nama anak saya Soraya sebab nama bapa dia panjang, tiga patah perkataan.

“Kawan-kawan saya pun dah bertanya nak tengok gambar anak saya, saya konsgikan ini bukan untuk menunjuk atau apa, sekadar ingin berkongsi kegembiraan kami bersama out little Soraya,” katanya.

Berkongsikan perkara itu menerusi video yang dimuat naik di saluran YouTube, Ain turut menceritakan mengenai pengalamannya yang terpaksa bertarung lebih 26 jam untuk melahirkan cahaya matanya itu sehingga doktor terpaksa vakum untuk memudahkan proses kelahiran.

“Saya masuk hospital pada 18 Mei pukul 12.30 tengah malam dan baby selamat bersalin pada 19 Mei pada pukul 1.30 pagi. Bayangkan berapa lama saya lalui proses itu.

“Doktor terpaksa vakum kepala anak untuk senangkan proses bersalin dan Alhamdulillah semua berjalan lancar. Kesan vakum pada kepada anak pun dah tiada sekarang,” katanya.