“Tiada Niat Jahat, Hanya Jujur Saya Seorang Yang Nakal”

Hari ini tular di media sosial cerita dimana seorang wanita mendedahkan screenshot perbualan mesej nakal di Instagram yang didakwa daripada pelakon Syazwan Zulkifly.

Bagaimanapun, Syazwan tidak malu untuk berterus terang serta mengakui bahawa dia ada bertanyakan soalan nakal tersebut, namun katanya dia tidak mempunyai niat jahat. Ujarnya lagi, dia hanya ingin menguji wanita berkenaan dan ingin memberitahu bahawa dia seorang yang nakal.

BACA: Wanita Dedah Mesej Nakal Syazwan Zulkifly, Tanya Saiz Bra?

“Ia cuma soalan biasa dan tidak berniat jahat pun, saya hanya jujur beritahu dia yang saya seorang yang nakal.

“Saya tidak mahu berpura-pura baik sebab itu saya sengaja menguji cara dia berfikir. Lagi pula perbualan itu baharu dan dia minta saya bertanya soalan jadi saya tanya sahajalah,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Syazwan memberitahu kontroversi itu hanya perkara remeh dan dia tidak melenting dengan apa yang berlaku atau meminta wanita itu untuk membersihkan namanya.

“Ia sudah selesai dan abangnya sudah menghubungi saya bagi meminta penjelasan. Saya beritahu niat saya itu hanya menguji sahaja.

“Saya malas nak layan perkara remh ini dan sebelum ini pun saya memang sudah dikenali dengan imej nakal,” katanya.

×