Baru-baru ini, Nabila Razali memberitahu dia mencari calon suami yang mempunyai sumber kewangan stabil. Bagaimanapun, Nabila menepis dakwaan memilih golongan kenamaan atau VIP untuk menjadi pasangan hidup.
Katanya lagi, buat masa ini dia masih belum memikirkan soal jodoh dan mahu memberi fokus pada karier seni. Nabila memberitahu, banyak perkara yang perlu diberi perhatian terlebih dahulu, namun dia tidak menolak andai jodohnya sudah sampai.
BACA: Nabila Razali Cari Calon Suami Sumber Kewangan Stabil
“Saya tidak pernah memilih untuk berkawan dengan siapa pun. Tidak ada langsung niat untuk mencari jodoh daripada golongan VIP atau kenamaan. Tapi setakat ini saya belum lagi bersedia untuk berkahwin kerana fokus pada kerjaya.
“Banyak benda saya nak fokus taknak la tutup pintu jodoh itu tapi saya tak nak la buka luas sangat. Kalau ada, ada. Kalau tiada tak apa,” katanya kepada mStar Online.
Jelas Nabila lagi, dia tidak kisah mana-mana lelaki yang ingin mengenalinya dengan lebih dekat tetapi individu tersebut mestilah seorang yang bertangungjawab dan yang paling penting rajin.
“Saya tak kisah siapa-siapa janji orang itu haruslah bertanggungjawab dan rajin. Sebab saya sendir dah rajin, jadi saya perlukan pasangan yang sama rajin.
“Dalam hubungan kena sama-sama pergi. Bukan sekadar seorang sahaja yang memberi. Saya pun tak nak pening kepala dengan menyanyi, berlakon lepas tu fikir mengenai komitmen dalam perhubungan,” katanya.