fbpx

“Tiada Lagi Surat Terbuka Untuk Artis, Saya Dah Serik”

Berikutan kontroversi PU Abu yang menceraikan isteri ketika sedang hamil, ramai pihak yang menyuarakan rasa marah terhadap pendakwah tersebut. Dalam pada itu, Da’i Wan turut mengulas mengenai isu tersebut dengan menjelaskan hukum hakam situasi berkenaan.

Bagaimanapun, sedikit kenyataan Da’i Wan telah mengundang persoalan dan kemarahan netizen, dimana beliau  menyatakan menceraikan isteri yang sedang hamil adalah ‘harus’ serta sah disisi Islam.

BACA: “Harus Hukumnya Ceraikan Isteri Yang Sedang Hamil”

Umum mengetahui, Da’i Wan antara pendakwah yang sering memuat naik ‘surat terbuka’ kepada golongan artis. Baru-baru ini, kecoh isu mengenai Fathia Latiff yang membuat keputusan untuk membuka hijab.

Seperti biasa, ramai netizen meminta Da’i Wan mengeluarkan surat terbuka tentang isu tersebut. Namun, ini respon yang diberikan oleh pendakwa itu dimana beliau memberitahu tiada lagi surat terbuka untuk artis dari pihaknya.

Menerusi Twitter, Da’i Wan meluahkan beliau sudah serik dengan sikap netizen. Katanya lagi, beliau akan memberi fokus untuk menjawab soalan berkaitan agama dan motivasi sahaja selepas ini.

Seperti sudah dijangka, status yang dimuat naik itu menerima kecaman netizen. Netizen mengatakan, tidak perlu meletakkan kesalahan kepada orang lain yang bertindak menviralkan memandangkan ianya adalah ‘surat terbuka’.

Dalam pada itu, ramai yang memujuk Da’i Wan untuk terus berdakwah dan tidak mempedulikan kecaman netizen. Kata netizen lagi, setiap kali Da’i Wan menegur golongan artis, sekaligus orang ramai juga akan turut terdidik sama.

Netizen pun janganlah asyik mengecam sahaja. Jika baik nasihatnya, kita ambil untuk memperbaiki diri kita. Tiada manusia yang sempurna dan tidak melakukan kesilapan.