fbpx

Tiada Lagi Keserasian, Ajai Akui Agak Mustahil Berduet Dengan Nourul

Nampaknya harapan peminat untuk melihat Ajai dan bekas isterinya, Nourul Wahab bergandingan menyanyikan lagu-lagu popular mereka tidak akan berlaku.

Memetik mStar Online, Ajai berkata dia melihat tidak ada lagi keserasian antara mereka kerana apabila bergandingan dalam persembahan perlu ada keserasian dan dia tidak mampu memaksa perasaan itu.

BACA: Ajai Tak Masuk Campur Isu Nourul, Ayu

“Bukannya saya tidak profesional tapi apabila bekerja sebagai penyanyi kita perlu keserasian dan keikhlasan. Sejujurnya saya dah tiada rasa itu lagi dan tidak mahu memaksa perasaan itu,” katanya.

Bakal mengatakan konsert By Ajai dan Mega Friends, Ajai menjawab nama Nourul tidak tersenarai dalam konsert tersebut. 

Namun, Ajai berkata hubungan mereka masih baik demi anak perempuan namun komunikasi mereka makin berkurang memandangkan Ayu Nzairah sudah dewasa.

Dalam pada itu, Ajai merancang untuk merakam semula lagu-lagunya bersama Nourul dengan nafas baru dan sudah mempunyai beberapa nama untuk projek tersebut termasuk Elly Mazlein.