Ajai Tak Masuk Campur Isu Nourul, Ayu
Komposer Ajai berkata dia tidak mahu masuk campur isu di antara bekas isterinya, penyanyi Nourul Depp bersama anak sulung mereka iaitu Ayu Nazirah.
Memetik Harian Metro, Ajai menyifatkan perselisihan faham di antara ibu dan anak adalah perkara biasa.
BACA: “Wanita Dalam Gambar Ini, Dah ‘Mati’ Semasa Membesarkan Anak Gadisnya”
“Itu urusan mereka, emak dan anak. Ada masa ada hal anak dan bapa pula. Ada masa Ayu bergaduh dengan saya dan ada hari yang Ayu bergaduh dengan emaknya. Yang penting kita fikirkan yang terbaik buat semua.
“Pada saya itu adalah hal peribadi di antara ibu dengan anak. Merajuk (Nourul dan Ayu) itu sebenarnya sudah biasa sangat.
“Saya kira itu perkara standard antara ibu dan anak. Biasalah kalau Ayu bergaduh dengan maknya, dia akan mengadu kepada saya. Kalau Ayu berselisih faham dengan saya, dia mengadu dengan maknya. Biasalah tu,” katanya.
Dalam pada itu, Ajai berkata sebagai bapa dia turut memainkan peranan menasihati Ayu untuk berbaik serta menghormati ibunya.
“Sebagai bapa saya pujuk Ayu. Bila merajuk atau berselisih faham dengan mak, minta maaf. Kena hormat ibu kerana itu syurga kamu dan darah daging kamu,” katanya.
Sebelum ini, perkongsian Nourul di Instagram seolah memberi bayangan seperti berkecil hati dengan anaknya. Malah,Nourul seperti terasa hati kerana anaknya sudah mempunyai ‘ibu baru’.
- SUMBER
- harian Metro
Cik. Nurul, jgn habak kat social media..malu ckp gaduh2 dgn anak perempuan…zaman skg semua nak rant in social media…when pple speculate, tertiba nanti sentap, marah salahkan netizen….sendiri yg mengundang…just my opinion
Semua ibu dan anak pasti ada perselisihan faham. Xkisah la artis ke, ahli politik ke. Kerabat diraja ke. Pasti ada. Cuma xperlu guna social media. Nampak sangat x bijak dan x matang. Dia yg g update mcm mcm pastu ckp xnk Komen la apa la. Malu anak dia dpt mak buat Mcm ni. Skrg satu dunia tahu. Certain things. Keep it within the family. Dia ni dri dlu lagi. Lepas cerai update psl dia dgn ajai. Oh lupa plak. Sendu kan. Lagu pun dah xda. Drama xda apa. Apa xda… Maybe cara ni la bg org igt blk kewujudan dia dlm industri ni.