fbpx

Cepatnya masa berlalu! Kita baru jer masuk bulan Februari 2021, tapi kes COVID-19 semakin mencanak naik gais. Entah sampai bila kita nak bebas dari wabak COVID-19 ni kan.

Kalau anda perasan, kita dah hampir setahun hadap wabak pandemik ini. Dah macam nak sambut anniversary perkahwinan lah pula. Kita diserang wabak ni dalam pertengahan bulan 3 tahun lepas, ha kan dah hampir setahun tu?

Pejam celik pejam celik, kejap jer gais. Hilang ‘kebebasan’ kita seketika. Hurm…Hanya mampu bertabah jer sekarang ini. Jadi apa yang anda boleh buat? Dah tentu anda perlu sentiasa patuhi SOP yang kerajaan berikan!

Memerangi Wabak COVID-19

Kerajaan sendiri pun dah berhempas pulas untuk dropkan angka kes COVID-19 sekarang ini. Kalau kita tak bekerjasama, memang sampai ke sudah kita sambut tahun baru dengan wabak pembunuh ni.

Baru-baru ini, kerajaan dah umumkan pakej PERMAI yang mana dalam 3 matlamat yang diberikan, Matlamat 1 adalah yang paling utama iaitu memerangi wabak COVID-19 terutamanya untuk membantu geng KKM.

Nak capai matlamat ini, PERMAI memberi tumpuan kepada pelaksanaan program Vaksinasi COVID-19, pengukuhan sistem kesihatan negara, meningkatkan kerjasama dengan hospital swasta serta pengukuhan saringan kesihatan pekerja.

Memudahcara Saringan COVID-19

Memang bagus sangat bila kerajaan wujudkan pakej PERMAI ni gais. Yelah kalau anda tengok sekarang ni punca peningkatan mendadak kes COVID-19 terutamanya di Selangor yang diumumkan Kementerian Kesihatan (KKM) yang antara punca kenaikan kes adalah dari kilang.

Dan mengikut laporan dari KKM, kes meningkat berpunca daripada kes tertunggak kumulatif daripada saringan pekerja kilang, penjara, klinik dan hospital swasta yang tidak dilaporkan secara terus.

Jadi dengan adanya pakej PERMAI, saringan pekerja asing di zon merah ditanggung PERKESO malah pelepasan cukai individu sehingga RM1,000 diberikan bagi pemeriksaan kesihatan yang meliputi kos saringan.

Memang tiada alasan lagi untuk majikan tidak membenarkan pekerja mereka menjalani ujian saringan COVID-19 kerana dah ada pelepasan cukai. Betul tak?

At least ringan sedikit beban majikan semua. Jangan sembunyikan kes yang boleh membunuh ni. Kang sampai ke sudah tak habis-habis. Harap lebih banyak majikan yang alert tentang isu ini.

Sama-sama Kita Jaga Kita

Kita harus sama-sama berusaha memutuskan rantaian COVID-19 dengan mengamalkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Sentiasa konsisten pakai pelitup muka dan jaga penjarakan fizikal anda.

Negara kita tanggungjawab kita. Hanya dengan semangat kekitaan ini sahaja yang dapat putuskan rantaian wabak ini. Kalau anda degil, faham-faham sendiri jelah yer.