fbpx

Penghijrahan Mizz Nina menjadi perhatian ramai apatah lagi penyanyi itu mengambil keputusan untuk berhijab ketika namanya sedang meningkat naik. Malah, Mizz Nina dikagumi ramai dengan sikapnya yang merendah diri.

Malah, dalam proses penghijrahan tersebut tidak pernah kita dengar kontroversi atau publisiti murahan dicetuskan oleh bekas penyanyi itu.

BACA: Noh Hujan Mengaji, Mizz Nina Pantau Bacaan Jadi Perhatian

Baru-baru ini, seorang netizen memuat naik perkongsian mengenai Mizz Nina serta mengagumi keperibadiannya meskipun merupakan daripada keluarga berada. Katanya lagi, Mizz Nina memiliki segalanya namun tidak pernah menyalahgunakan ke arah tidak baik.

Perkongsian individu itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen lain yang turut bersetuju dengan pendapatnya serta menyifatkan Mizz Nina adalah contoh tauladan yang baik.

https://twitter.com/izxfrh/status/1389410657892589573

Mizz Nina mendirikan rumah tangga dengan Noh Salleh pada Julai 2011. Selepas menunaikan haji pada Oktober 2013, Mizz Nina memutuskan untuk berhijab.