fbpx

“Tiada Kena Mengena Dengan Orang Ketiga”

Meskipun rumah tangga kini bergolak, pelakon Nora Danish berkata dia dan suaminya, Nedim Nazri sedang berusaha untuk menangani kemelut tersebut.

Memetik Kosmo, Nora berkata dia kini sudah tidak lagi sebumbung dengan suaminya sejak tiga bulan lalu kerana masing-masing memberikan ruang antara satu sama lain dan bukan kerana orang ketiga.

BACA: Tak Tinggal Sebumbung, Nora Danish Akui Rumah Tangga Goyah

“Kita manusia biasa, tidak lari daripada kesilapan. Tujuh tahun berkahwin, memang ada pergolakan tetapi kami cuba tangani dengan baik.

“Buat masa ini, lebih baik tinggal berasingqn di rumah keluarga masing-masing. Perkahwinan kadang memerlukan ruang, itu lumrah.

“Apa yang berlaku, tiada kena mengena dengan orang ketiga, lebih kepada persefahaman masing-masing. Rumah tangga mana tiada masalahkan,” katanya.

Dalam pada itu, Nora berkata dia menyerahkan hal rumah tangganya itu kepada Tuhan serta mahukan yang terbaik apatah lagi mereka berdua pernah melalui perceraian sebelum ini.

“Kami doakan yang terbaik. Macam saya cakap, perceraian adalah jalan terakhir. Kami berdua pernah melalui fasa itu jadi apa pun, kita mahu yang terbaik,” katanya.

SUMBER: Kosmo