Hadir di Mahkamah Majistret Seremban semalam, pendakwah bebas Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz tiada istilah kayangan terhadap dia dan isterinya, Neelofa.

PU Riz berkata dia dan isteri sama seperti rakyat Malaysia lain dimana mereka juga perlu melalui proses mahkamah dan tidak melebihi undang-undang.

BACA: Hadir Di Mahkamah Seremban, Foto Neelofa Kerap Pegang Perut Jadi Perhatian

“Saya cuma nak cakap, tiada istilah kayangan. Tiada siapa yang melebihi undang undang. Kita hormati dan akur yang mahkamah tetapkan.

“Saya dan isteri juga melalui proses mahkamah sama seperti mana rakyat Malaysia lain. Insya-Allah, doakan kami,” katanya.

Semalam, PU Riz dan Neelofa hadir di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan atas dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah kedai karpet di Nilai, Mei lalu.