Tiada Babak Bersentuhan, Syafi Tee Jaga Nama Baik Keluarga
Wajahnya semakin banyak muncul menerusi drama yang ditayangkan di kaca televisyen, namun siapa sangka, pelakon Syafi Tee sebenarnya anak kepada pendakwah bebas dan ahli akademik, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
Mendapat restu daripada ayahnya untuk menceburkan diri dalam dunia seni, pemuda berusia 28 tahun itu berkata dia sangat beruntung kepada bapanya sudah memahami asam garam serta selok belok dalam dunia seni.
“Papa tahu dunia penggambaran dan kerja seni. Papa juga selalu berada di depan kamera dan bekerja bersama kru.
“Papa sudah ‘masak’ dengan dunia ini. Papa beri restu cuma saya kena menjaga nama baiknya dan keluarga,” katanya kepada BH Online.
Bakat digilap melalui Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019, Syafi berkata cabaran dan ujian ada dalam setiap bidang pekerjaan. Namun, dia berpegang pada pesanan bapanya untuk menjaga batas.
“Cabaran dan ujian itu ada di mana-mana. Saya yang masih hijau ini kena sentiasa kuat. Semua nasihat Papa dan keluarga amat penting. Saya harap terus istiqamah dengan prinsip dan cara begini.
“Saya letak piawaian sendiri iaitu tiada adegan bersentuhan. Kalau ada sekalipun, mesti berlapik. Papa selalu ingatkan perkara itu. Pulang ke rumah, Papa pasti tegur dan nasihat supaya saya tidak buat perkara bukan-bukan di set penggambaran,” katanya.
Dalam pada itu, Syafi berkata jika dia tidak selesa dengan mana-mana babak lakonan, dia akan berbincang dengan pengarah untuk mencari alternatif lain yang lebih sesuai.
- SUMBER
- BH Online
Laa agak ustaz Riduan Tee.. Pdn laa Chinese look dia bkn main come lg mcm bpk dia. Huhu..
Ni kalau hantar Korea laku keras ni…
Tak kenal..next?
Hanak ikan….so like yummeh ooo
Biasa je lh wey ….over la korng sjenis gatal lubang memual kan
Nothing special
jadi ?
Gosip x best min
Oiii asyik2 asyiknyer nak komen pakai nama saya… Please tulung lah jaga nama baik saya k… Saya byk pesakit kenal saya dan respect saya k. Atas tu org nak busukkan nama saya. Please la pakai nama Wekkkkkk ke, heinrich bach ke, ikan sepat ke… Tapi jangan pakai nama ni dah di trademark kan k.
Huntong laaaa amek gambo ngan Keanu Reeves
Dik non kalau nk pegi jauh dlm bidang ni please take it seriously la. Sila sibukkan diri hadiri kursus dan kelas lakonan. Sila build ip your karekter as an actor. You nk org ingt you sbg apa? Level mana?! For how long? Rupa je xkan bawa you ke mana2! You kena take it seriously! You kena ada short term target dan long term goals! Bidang lakonan atau seni ni x statik. Hero comes and go and kalau you xde something special to offer nobody will remember you in the long term!!!
Sy laa Doktor Adam sebenar…yg atas tu pelesu…Tindakan Mahkamah akan diambil
Ramai hero2, heroin2 baru dlm drama skang. Its a good sign. Tp pd masa sama we need more quality too. Kena balance jugak antara yg menarik rupa paras tp kurang bakat dgn ada bakat semulajadi. Kalau tngk kt netflix ke, hulu ke, iflix ke drama2 siri diorg ada je pelakon2 yg ada rupa tp kurang bakat. Drama2 korea ke, filipina ke, thai ke, indon ke, india ke, telenovela brazil ke, argentina ke, mexico ke ada je pelakon2 level mcm tu!!! Tp mungkin x nmpk sngt sbb pengarah mrk pandai main peranan dgn cover dari sudut lain dan jln cerita mrk menarik. Drama melayu dah laa pelakon kayu dgn pengarah2 dan penerbit pun tunggul mati!!!!
DUGAAN bpak dia tk lama lgi akan BERMULA!!
Ini ikan bilis baru nak up… Nok, cuba try carik kat ig. paing_takhon… Hadiah untuk uolss musim pkp. You’re welcome nonok semua xoxo