fbpx

Tiada Air Mata Mengalir, Diana Danielle Doakan Terbaik Buat Farid Kamil

Kemelut rumah tangga sudah pun berakhir, pelakon Diana Danielle berkata dia mahu memulakan kehidupan baru selepas ini serta turut mendoakan buat bekas suaminya, Farid Kamil perkara yang sama.

Memetik Harian Metro, Diana mengakui ianya bukan perkara mudah buat mereka serta berharap dia dan Farid boleh menjadi insan yang lebih baik.

BACA: “Tiada Air Mata Yang Mengalir, Saya Dah Sedia Dari Segi Mental” 

“Kami boleh jadi insan yang lebih baik selepas ini. Saya tak nak cakap lagi perasaan selepas bercerai. Keadaan itu sebab saya rasa ia terlalu peribadi.

“Cuma ia berat, bukan perkara yang senang kami buat. Dan alhamdulillah dah berakhir di sini. Saya mendoakan yang terbaik untuk dia, untuk saya dan anak-anak.

“Tiada air mata yang mengalir. Saya dah bersedia dari segi mental untuk perkara ini. Perasaan itu hanya diluah di belakang pintu,” katanya.

Berkongsikan mengenai perjalanan hidupnya selepas ini, Diana berkata apa yang penting mahu lakukan yang terbaik demi kedua-dua anak mereka.

“Yang penting kita cuba yang terbaik untuk anak-anak. Berkenaan hak penjagaan anak-anak, peguam saya akan uruskan. Saya takkan pisahkan anak dengan bekas suami.

“Jika ditanya untuk kami digandingkan dalam drama atau filem, sejujurnya saya tak tahu, seandainya pun tak tahu. Saya tak pasti lagi. Nak kata saya okey atau tak pun tak pasti lagi.

“Kita tengok juga la. Mungkin dengan masa kita lebih matang dan selesa. Tapi kalau tanya saya sekarang saya memang tak tahu,” katanya