fbpx

The Wanted Turun Malaysia Untuk Konsert Penuh September 2012

Kumpulan paling hangat dari United Kingdom, The Wanted telah mengesahkan kehadiran mereka ke konsert penuh sulung mereka di Malaysia pada September nanti.

Popular dengan lagu debut All Time Low, kumpulan ini terdiri dari Max George, Nathan Sykes, Jay McGuiness, Tom Parker & Siva Kaneswaran datang untuk kali kedua.

Sekitar Februari 2011 yang lalu, The Wanted hadir untuk sebuah showcase khas di Laundry Bar, The Curve & penampilan kali ini bakal lebih bermakna dengan konsert penuh.

Konsert The Wanted akan mengambil tempat di Surf Beach @ Sunway Lagoon pada 18 September jam 8.15pm. Tiket tiket dengan harga RM450 (The Wanted Zone), RM250 (Party Zone) dan RM150 (Chill Out Zone) sudah pun mula di’jual sejak 11 Ogos 2012.

Kepada peminat The Wanted, cepat dapatkan tiket anda sekarang melalui Ticket Pro atau cawangan Rock Corner, Victoria Music & The Guitar Store yang berhampiran.