fbpx

Thalita Kena ‘Pulau’ Dengan Rakan Sekolah Lepas Jadi Penyanyi

Kini semakin dikenali ramai, anak kepada pelawak Shuib iaitu Thalita mendedahkan dia dipulau rakan sekolah selepas membuat kemunculan di Bukit Bintang.

Memetik Kosmo, Thalita mengakui terkejut dan dia sendiri tidak tahu punca rakan sekolahnya cemburukan dirinya namun tidak menjadikan perkara itu sebagai halangan untuk mengejar impian menjadi penyanyi.

BACA: Ajai Jemput Thalita Buat Persembahan Di Singapura

“Memang saya kena ‘palau’ (dipulaukan) kawan-kawan. Entah kenapa ada yang ‘jealous’, saya tak tahu tapi saya tak kisah. Apa pun saya masih Thalita yang sama.

“Saya menyedari perkara itu selepas muncul di Bukit Bintang tempoh hari. Apabila di sekolah, ada beberapa orang saya perasan mula menjauhkan diri atau bercakap buruk fasal saya belakang.

“Terkejutlah juga, tapi saya buat tak tahu selain berharap keadaan kembali macam dahulu kerana saya tak mahu masam muka dengan sesiapa. Saya cuma nak jadi penyanyi, itu sahaja,” katanya.

Bakal membuat persembahan besar di konsert By Ajai & Mega Friends di Singapura, Thalita berkata dia teruja dan akan membuat latihan di bawah bimbingan datuknya juga penyanyi, Raisuddin Hamzah.

“Saya seronok sebenarnya dapat tawaran ‘uncle’ Ajai sebab bukan sahaja dapat sertai konsert, ini pertama kali saya pergi Singapura,” katanya.

SUMBER: Kosmo