fbpx

Terus Fokus Dengan Kerjaya, Shahz Jaszle Buka Portal Hiburan Sendiri

Selepas bergelut dengan isu tangkapan khalwat yang masih menjadi kes mahkamah ketika ini, Shahz Jaszle nampaknya ingin lebih fokus kepada perkembangan karier beliau dalam dunia hiburan.

Shahz Jaszle tidak boleh mengulas lanjut tentang isu tangkapan khalwat tersebut atas nasihat peguam dan akan di’bicarakan 12 November ini tetapi beliau tetap menegaskan yang dirinya di’perangkap.

Ingin terus jadi relevan dalam dunia hiburan, Shahz Jaszle berkata beliau ingin melangkah setapak lagi dalam kariernya dengan bekerja di belakang tabir dan merancang untuk bergelar pengarah.

“Sebenarnya, saya lebih suka berada di belakang tabir berbanding dengan berlakon. Saya ada merancang sesuatu tentang karier saya kerana saya juga berminat untuk menjadi pengarah”

Dalam masa yang sama, Shahz Jaszle bersama adiknya telah pun membuka sebuah portal hiburan Jaszleworks Production (jaszleworks.com) yang merangkumi berita artis dan dunia hiburan secara amnya.

“Apa yang pasti, walaupun kandungan portal itu ada kaitan dengan kontroversi semasa tetapi ia tidak mengandungi sebarang artikel-artikel gosip, bertepatan dengan matlamat saya untuk menghargai penggiat seni,” jelas Shahz Jaszle lagi.