fbpx

Tersepit Bawah Kereta, Mangsa Putus Tangan

Kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Georgetown, Pulau Pinang, menyebabkan seorang lelaki putus tangan kanan selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 pagi itu menyebabkan mangsa, 36, putus tangan kanan dan tersepit di bawah kereta sebelum kereta yang dipandunya terbalik.

Menurut Mstar, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari pusat bandar menuju Bayan Lepas.

“Setiba di lokasi kejadian, kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sebelum terbalik di tengah jalan.

“Kemalangan itu menyebabkan mangsa putus tangan kanan dan menyebabkan mangsa dikerjakan ke hospital Pulau Pinang.” katanya lagi.

Beliau juga meminta saksi kejadian menghubungi balai polis trafik berhampiran untuk memberi keterangan lanjut mengenai insiden terbabit.

Mangsa bagaimanapun disahkan tidak di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian berlaku dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.