fbpx

“Saya Berdebar Mahu Tunaikan Ibadah Haji”

Pertama kali bakal menjejakan kaki ke Mekah, Wany Hasrita berasa bercampur baur apabila terpilih untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Wany berkata, beliau bersyukur walaupun tawaran itu diterimanya pada saat akhir.

BACA: Wany Hasrita Hadiahkan Kereta Untuk Ibu

“Rasa macam bermimpi pun ada kerana Wany tidak pernah terfikir untuk menunaikan ibadat haji pada tahun ini. Wany bersyukur kerana Allah memberikan peluang menjadi tetamu-Nya, walaupun tawaran datang pada saat akhir”

“Wany memang tidak pernah menjejakkan kaki ke sana atau menunaikan umrah, sebelum ini. Justeru, Wany meminta bantuan Heliza Helmi bagi mendapatkan ustaz yang boleh mengendalikan sesi kursus haji secara peribadi”

“Pemergian kami berdua atas undangan kerajaan Arab Saudi. Memandangkan Wany akan berangkat esok, segala persiapan perlu dibuat hari ini, antaranya mendapatkan suntikan vaksin dan juga menyediakan kelengkapan lain,” jelasnya.

Kongsi Wany lagi, pemergiaannya ke Mekah esok turut ditemani oleh rakan selebriti, Amira Othman. Bertuah Wany dapat menjejakkan kaki ke Mekah pada usia yang masih muda, semoga perjalanan kesana dipermudahkan. (rtky/w)