“Terpulang Bekas Suami Nak Kahwin Dengan Fatin Afeefa Pun…”
Baru-baru ini timbul desas desus percintaan bekas suami pelakon Nadia Brian iaitu Muizz Nasruddin dengan pelakon Fatin Afeefa.
Nadia berkata urusam jodoh bekas suaminya itu tiada kena mengena lagi dengan dirinya, malah dia juga berlapang dada jika ahli perniagaan itu bertemu jodoh dengan selebriti mahupun rakan seperjuangannya.
BACA: Bekas Suami Nadia Brian Nak Mengorat Fatin Afeefa?
“Terpulang dia (Muizz) nak berkawan dan berkahwin dengan siapa waima dengan Fatin sekalipun. Jodoh itu merupakan rahsia Allah. Saya sendiri tak sangka berkahwin dengan Muizz, namun akhirnya terpaksa berpisah. Dah namanya jodoh, kita tak tahu,” katanya
Dalam pada itu, Nadia berkata dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat bekas suaminya itu serta berharap Muizz juga mendoakan yang baik-baik untuk dirinya juga.
“Saya dengan Muizz tiada masalah dan tidak berdendam antara satu sama lain. Saya doakan yang terbaik buat dia dan buat semua orang. Saya juga berharap dia mendoakan yang baik-baik buat diri saya.
“Dia nak mengurat siapa, itu hak dia. Saya juga mempunyai hak sama sebab saya tidak lagi berstatus isterinya dan dia bukan lagi suami saya,” katanya.
Terdahulu, hangat diperkatakan apabila Muizz dikatakan cuba mengurat Fatin Afeefa yang memuat naik sekeping gambar menunjukkan dia sedang melakukan kerja di hadapan komputer riba.
Nadia pernah berkahwin dengan Muizz pada 9 November lalu. Kemelut rumah tangga mereka hangat diperkatakan sebelum ini sebelum pasangan itu bercerai talak satu pada 3 April 2021.
- SUMBER
- Kosmo!
Muizz ni pun x reti ke nk carik org biasa aje..yg bkn artis..kalau becerai berai sorang x amik tau..kau nk gak kat artis pastu kalau brlaku lg penceraian ha sume citer memalukan kluar sb kau kawin dgn artis..kau x serik ke muizz oi..
Dah lama dia rancang kita je yg lalai… #teamnadia
sorry la jantan meroyan citer bekas isteri gini gitu last ko nk ngorat retis gak, specen org kaya mmg dari skolah belagak ko ni.
mana tau erti susah.
skang satu team ngan umgok. aku cukup xkenan dulu dok sembang buruk pasal nadia. pastu now? ko kahwin je muiz, tgk camne bini baru, tgk ko nk meroyan lagi x??