fbpx

Bekas Suami Nadia Brian Nak Mengorat Fatin Afeefa?

Hampir lima tahun menjanda, pelakon Fatin Afeefa dilihat semakin cantik meskipun bergelar ibu kepada dua orang cahaya mata.

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai kontroversi terpalit pelakon itu yang didakwa bercinta dengan suami orang, namun isu itu sudah senyap pula.

BACA: Fatin Afeefa Dipuji Tengah Tidur Pun Cantik

Baru-baru ini, Fatin ada memuat naik gambarnya sedang melakukan kerja di hadapan sebuah laptop berserta kapsyen “One day, or day one? you decide,” tulisnya.

Perkongsian Fatin itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji kecantikan pelakon itu. Namun apa yang menjadi perhatian adalah satu komen daripada bekas suami pelakon Nadia Brian iaitu Muizz Nasruddin.

Adakah Muizz ada hati dengan Fatin atau cuba mengorat pelakon itu? Atau mungkin hanya sekadar pertanyaan sahaja. Masing-masing pun tengah solo, apa salahnya mencuba?

April tahun lalu, Nadia Brian akhirnya sah bercerai talak satu dengan suaminya, Muizz Nasruddin. Terdahulu, pergolakan rumah tangga pelakon itu hangat diperkatakan selepas Muizz membuat pendedahan mengejutkan mendakwa isterinya berlaku curang dengan dua lelaki.