fbpx

Semalam, Mahkamah Sesyen membenarkan Puteri Sarah untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap isteri kedua pengarah Syamsul Yusof, Ira Kazar bersama-sama bapa dan kakaknya.

Difahamkan, Ira Kazar serta keluarganya perlu menjawab kepada Mahkamah Sesyen berhubung tindakan mengingkari perintah injuksi yang dikeluarkan terhadap mereka pada Julai tahun lalu.

BACA: Kakak Backup Ira Kazar, Sindir Puteri Sarah?

Bagaimanapun, baru-baru ini adik beradik Ira Kazar termasuklah kakaknya yang terlibat dalam kes mahkamah dilihat ‘seronok’ berjalan-jalan.

Menerusi video dimuat naik Yasmin di Insta Story memaparkan mereka dilihat keluar berjalan-jalan di sebuah pusat beli belah sekaligus menjadi perhatian netizen.

Terdahulu, perkongsian Yasmin Kazar di laman Twitter menjadi bualan susulan ciapannya yang didakwa menyindir pelakon Puteri Sarah dan keluarga Datuk Yusof Haslam.