fbpx

Terpaksa Buang Rahim, Nourul Terus Kuat Demi Anak-Anak

Menerusi satu perkongsian di Intagram, penyanyi Nourul mendedahkan dia terpaksa menjalani pembedahan membuang rahim pada tahun lalu selepas terdapat ketumbuhan pada organnya itu.

Menurut Nourul, keputusan itu dibuat sebagai langkah berjaga-jaga untuk menyelamatkan nyawa. Ujarnya, jika dapat mengesan dari peringkat awal, peluang untuk dirawat lebih tinggi.

BACA: Nourul Dah Tak Sabar Nak Pindah Ke Bali

“Pantas masa berlalu, 7/9/2020 terpaksa remove uterus bila doktor terjumpa something yang boleh memudaratkan di masa yang akan datang. Apa yang kami nak cerita kat sini ialah, buat pemeriksaan kesihatan setiap 12 bulan.

“MasyaAllah tabarakallah. Alhamdulillah, Allah permudahkan. Takut? Siapa tak takut nak bedah. Tapi lebih baik sakit sekejap dari sakit berpanjangan seperti penyakit kanser dan sebagainya,” katanya.

Kata Nourul, selain daripada faktor genetik, antara punca dia mengalami ketumbungan tersebut adalah disebabkan tekanan yang melampau.

“Genetically kami memang jenis ada tumbuh-tumbuh ni. Memang dari belah arwah abah. Sebab tu jaga diri dan exercise. 30% adalah gene kita, 70% gaya hidup.

“Kes kami berlaku sebab stress atas satu perkara berlaku November 2018. Simpan dalam diri bawak penyakit. Tercabar ego dan kebijaksanaan kami apabila ditipu oleh seorang Dato dan wanita untuk album bahasa Perancis kami,” katanya.

Dalam pada itu, Nourul berkata anak-anak merupakan sumber kekuatannya dan semangat untuk dia menjalani prosedur pembedahan tersebut.