fbpx

Terokai Sunway Putra Mall Untuk Rebut Hadiah Menarik

Jika anda berada di sekitar ibu negara, anda wajib serbu Sunway Putra Mall untuk menikmati hadiah yang lumayan dan menarik sempena kempen yang sedang berlangsung sekarang.

Shop, Spin and Win satu kempen yang sedang berlangsung sehingga 26 Ogos ini pastinya membuatkan anda tidak akan pulang dengan tangan kosong. Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang memenangi hadiah hebat sehingga RM300,000.

Nak tahu apa yang lagi menarik? Jom kami kongsikan bersama anda dan rugi sekiranya anda terlepas peluang hebat ini.

Jika anda membeli belah di Sunway Putra Mall sempena Shop, Spin and Win ini, anda berpeluang untuk memutar Lucky Wheel untuk memenangi pelbagai hadiah menarik.

Hanya dengan gabungan dua resit berjumlah RM200 sahaja anda boleh pulang dengan bergaya bersama pelbagai hadiah menarik.

Antaranya baucer wang tunai dan potongan harga dari TGV Cinemas, The Chicken Rice Shop, Red Lobster, Boat Noodle, Good2U, Hush Puppies dan banyak lagi.

Selain itu, ahli Sunway PALS dan juga kepada yang membeli barangan menggunakan kad kredit HSBC berpeluang untuk membuat putaran bonus pada Lucky Wheel.

Bukan itu sahaja tau, pendaftran ahli baru kad kredit HSBC juga berpeluang untuk mendapatkan pusingan bonus ini sekaligus boleh menikmati hadiah di luar jangkaan.

Wah menarik bukan? Sambil membeli belah di Sunway Putra Mall sebagai One stop center anda boleh bergaya dengan hadiah penuh di tangan hanya dengan memutar Lucky Wheel sahaja.

Bukan itu sahaja tau, jika anda berjaya mendapatkan “Jackpot”, anda layak untuk membawa pulang hadiah utama melalui acara putaran khas “Jackpot” pada 31 Ogos ini.

Hadiah utama yang ditaja oleh Golden Vacation, FireFly, Gintell, Bonia, Poh Kong, Fossil, The Body Shop ini pastinya membuatkan anda rambang mata dan tak sabar untuk memilikinya.

Apa yang lebih menarik lagi mengenai Shop, Spin and Win ini anda juga berpeluang untuk melancong ke Korea untuk dua orang selama 6 hari.

Inilah masanya untuk anda bercuti bersama pasangan anda. Sambil membeli belah dapat pula peluang melancong ke Korea.

Wahh! rasa rugi sekiranya anda terlepas untuk rebut peluang hebat ini. Hadiah lain seperti tiket penerbangan domestik Firefly, dan kerusi urut Gintell pun ada tau.

Sebelum terlupa, banyak outlet juga sedang menawarkan jualan mega di Sunway Putra Mall.

Jadi apa tunggu lagi, inilah peluang terbaik untuk anda rebut pelbagai hadiah menarik dari Uniqlo, H & M, Cotton On, Monki, Mango, Bonia, Braun Büffel, Jelly Bunny, Padini, Aldo, Geox, Hush Puppies, Max Fashion dan banyak lagi .

Tentang kemudahan tempat letak kereta anda janganlah risau. Anda boleh dapatkan diskaun parking 2 jam percuma untuk tempat letak kereta sekiranya anda menonton wayang di TGV Sunway Putra.

Jika anda inginkan tempat letak kereta percuma sepanjang hari pun boleh tau.

Caranya hanya dengan membeli belah di Sunway Putra sebanyak RM30 (satu resit sahaja) dengan menggunakan kad kredit HSBC.

Untuk maklumat lanjut mengenai Shop, Spin and Win anda boleh semak di sini ataupun layari Facebook Sunway Putra.