fbpx

Terlibat Kes Tipu, Netizen Dakwa Isteri Da’i Farhan Ditahan?

Semalam hangat diperkatakan seorang wanita berusia 40 tahun ditahan polis dipercayai telah menipu seorang pelanggan sehingga RM11,000 berkaitan urusan untuk mendapatkan sijil Halal dan juga sijil KKM bagi produk jamu.

Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail mengesahkan berhubung penahanan wanita berkenaan yang juga isteri kepada juara program Da’i.

Meskipun laporan akhbar berkenaan tidak menyebut nama wanita tersebut, namun rata-rata netizen membuat spekulasi mengaitkan kes berkenaan dengan isteri Da’i Farhan iaitu Dr Erin

Dalam pada itu, mStar Online difahamkan cuba menghubungi Da’i Farhan untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung perkara itu. Bagaimanapun, panggilan telefon dimatikan selepas bertanyakan soalan mengenai penahanan itu.