fbpx

Terlebih Mesra Dengan Misha Omar, Naqiu Minta Maaf

Persembahan penyanyi Naqiu bersama pasangan duetnya, Misha Omar di konsert GV malam tadi yang dikatakan terlebih mesra menerima kritikan ramai.

Memetik Harian Metro, Naqiu memohon maaf di atas kekhilafannya itu dan hanya sedar akan kesilapannya selepas selesai membuat persembahan.

BACA: “Kalau Suruh Nyanyi Di Stesen Minyak Pun, Saya Akan Beria-Ria” – Naqiu

“Saya mohon maaf atas kekhilafan. Letakkan semua kesalahan pada saya dan bukan pasangan duet, Misha atau sesiapa saja.

“Aksi itu berlaku secara spontan di atas pentas dan saya tidak akan mempertahankan diri untuk mendakwa aksi mesra itu untuk mendapatkan ‘feel’ dalam nyanyian.

“Saya baru sedar, perkara itu tidak sepatutnya berlaku selepas selesai buat persembahan. Sebagai penyanyi, saya sepatutnya lebih peka dengan sensitiviti masyarakat kita. Saya sedar ini adalah kesalahan saya,” katanya.

Sementara itu, Naqiu menafikan aksi mesra itu sengaja untuk meraih publisiti apatah lagi mereka berdua berstatus suami dan isteri orang.

“Saya ada bermacam cara yang boleh dilakukan untuk dapatkan publisiti, tetapi ini bukan salah satunya. Saya sudah berkecimpung dalam industri hiburan selama 23 tahun dan sudah matang dengan permainannya.

“Saya sudah berkahwin dan ada enam anak. Untuk cipta kontroversi bersama Misha yang juga berstatus isteri orang sangat tidak sesuai,” katanya.