fbpx

“Terlampau Sampai Mengaibkan, Saya Akan Ambil Tindakan”

Sebelum ini, Fizo Omar meminta netizen berhenti mengaitkan keluarganya dengan isu perceraiannya dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang yang meninggalkan komen melampau.

Bagaimanapun, Fizo memberitahu dia tiada niat untuk melakukan perkara sedemikin namun dia akan mengambil tindakan sewajarnya jika ada netizen keterlaluan hingga mengaibkan keluarganya.

BACA: “Saya & Mawar Tak Ada Masalah, Semuanya Okay”

“Saya tidak akan mengambil tindakan undang-undang pun, itu hak netizen untuk bercakap. Tetapi kalau ada yang terlampau sampai mengaibkan dan memberikan kesan tidak baik, saya akan mengambil tindakan sewajarnya.

“Saya tak mahu hubungan saya dan bekas isteri menjadi keruh memandangkan kami sudah bersepakat untuk berbaik-baik demi Maryam,” katanya kepada Astro Gempak.

Kata Fizo lagi, dia tidak mahu disebabkan mulut netizen hubungannya dengan bekas isteri, Mawar Karim menjadi keruh serta mengakibatkan perbalahan.

“Saya tak mahu disebabkan kata-kata netizen baik saya dan bekas isteri bergaduh. Jadi, semua pihak haruslah berfikiran waras dan membuat keputusan dengan bijak,” katanya.