Pengarah Eyra Rahman berkata dia tertekan dengan kontroversi terpalit drama Madu Atau Racun namun dia percaya ada hikmah disebaliknya.

Memetik Astro Gempak, Eyra berkata dia enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana masih dalam proses tapisan.

BACA: “Madu Atau Racun Tiada Babak Daring, Ada Babak Guna Teknik ‘Cheat Shot’” – Pengarah

“Tipulah kalau tak tertekan, tetapi mungkin ada hikmah dan asbab benda itu terjadi. Saya tak boleh jawab panjang sangat sebab perkara ini masih dalam proses tapisan dan melibatkan banyak pihak termasuk kementerian,” katanya.

Sementara itu, Eyra berkata dia turut menerima kecaman susulan kontroversi itu sehingga ada yang menyentuh ibu bapa serta maruahnya.

“Terlampau banyak maki hamun, malah ada yang menyentuh ibu bapa dan maruah saya. Tetapi saya bersyukur, Allah ada, insya-Allah,” katanya.

Dalam pada itu, Eyra berkata dia akan lebih berhati-hati dalam memilih karya pada masa akan datang serta akan berfikir terlebih dahulu sebelum terima naskah yang ada isu sensitif.

“Benda pun sudah berlaku. Jadi mungkin selepas ini, kalau ada apa-apa karya yang melibatkan isu sangat sensitif, saya akan fikir dua atau tiga kali sebelum mengambil karya tersebut,” katanya.

Sumber: Astro Gempak

×