fbpx

Terlalu Seksi, Zizi Kirana Disamakan Dengan Bintang Porno

Penyanyi Zizi Kirana yang popular dengan lagu ‘Nak Ke Tak Nak’ sangat sinonim dengan imejnya yang agak seksi. Walaupun cara pemakaiannya sering dikecam netizen, Zizi mengakui lebih bahagia dengan caranya sendiri.

Gara-gara imej seksinya itu, ada yang menyamakan penyanyi itu dengan bintang porno popular Antarabangsa iaitu Mia Khalifa. Bagaimanapun, Zizi memberitahu dia hanya mampu ketawa sahaja apabila mengetahui perkara tersebut dan tidak peduli jika ada yang menggelarnya ikon seks.

BACA:“Tak Perlu Nak Tutup Pun, Orang Tetap Mengata”

“Ada orang samakan saya dengan seorang bintang porno popular dan saya tak kenal dia, jadi saya pun buat carian nama di Google dan jumpalah tentang wanita bernama Mia Khalifa itu.

“Saya hanya mampu gelak sahaja. Tak sangka begitu tinggi imaginasi mereka ini sedangkan saya bukanlah seperti wanita itu. Orang nak kata apa pun katalah, saya lebih tahu diri saya dan kalau ada yang gelar saya ikon seks sekalipun, terpulang!” katanya kepada mStar Online

Walaupun ada yang pernah mencadangkan untuk menutup ruangan komen di media sosial, Zizi berkata dia tidak kisah dengan kritikan dan memilih untuk mengabaikan komen negatif netizen.

“Saya biarkan sahaja komen-komen mereka itu dan tak mahu block atau padam, sebab kalau kita sekat seorang, nanti akan ada komen yang lain lagi. Banyak lagi kerja yang saya perlu lakukan, jadi abaikan saja kata-kata negatif itu,” ujarnya.