fbpx

Aaron Aziz Sedih Solatkan Jenazah Ibu Seorang Diri Tanpa Keluarga

Terdahulu, pelakon dan pengarah Datuk Aaron Aziz memaklumkan ibunya Allahyarham Juriana Jaafar telah meninggal dunia pada Sabtu lalu sebuah pusat perubatan swasta di Singapura disebabkan serangan jantung.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Bagaimanapun, perkongsian terbaru Aaron mengundang sebak apabila hanya mampu melakukan solat jenazah seorang diri kerana perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan berikutan COVID-19.

BACA: Ibu Aaron Aziz Meninggal Dunia

Menerusi entri itu, Aaron akui sedih kerana kerana insan-insan tersayang tidak dapat bersamanya melakukan solat jenazah untuk ibunya dan hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana sakit perasaannya ketika itu.

“Rasa sakit kerana tidak dapat solat jenazah bersama keluarga tersayang, hanya ALLAH sahaja yang tahu. Semoga Allah pelihara arwah Bonda tercintaku dalam urusannya di Alam Kubur.

“Agar sejuk, lapang dan ditemani sesorang yang cantik dimana ia adalah Al-Quran yang Bonda sentiasa mengaji setiap hari sebelum mempunyai masalah mata,” tulisnya.

Luahan Aaron itu turut membuatkan netizen dan rakan-rakan artis merasa sebak. Dalam pada itu, netizen turut menitipkan ucapan takziah serta berharap agar Aaron sekeluarga tabah menempuhi dugaan ini.