fbpx

Semalam, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Berita besar itu turut mendapat perhatian pelakon dan usahawan, Fizo Omar yang memberi teguran kepada mereka yang menyindir bekas perdana menteri itu.

BACA: Persoal Isu Cuti Haid, Fizo Omar Dihentam Netizen

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Fizo berkata hukuman penjara yang dijatuhkan terhadap Najib tidak sepatutnya diraikan serta disorak oleh orang ramai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fizo Omar (@fizoomar)

“Ramai yang memberi reaksi sindiran terutamanya mereka yang mempunyai pendapat politik yang berbeza. Pada saya moment ini adalah bukan untuk diraikan, pandanglah dari sudut yg berbeza dimana ini adalah percaturan yang maha hebat Allah swt yang saya percaya ada mesej yang tersirat untuk kita semua,.

“Kita semua rakyat Malaysia berada dibawah undang-undang yang sama dan tidak ada kelebihan berdasarkan jawatan,pangkat mahupun kuasa,” tulisnya.

Menurut Fizo lagi, mengenai soal kebenaran hanya tuan badan iaitu Najib sendiri serta Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

“Soal tentang kebenaran di atas apa yang yang dilakukan, itu hanya tuan punya badan dan Allah sahaja yang mengetahuinya. Kita sebagai rakyat biasa hanya disajikan dengan laporan dari media dan tidak sepatutnya untuk terus menghina dan menghukumnya,” tulisnya.

Dalam pada itu, Fizo berharap momen bersejarah yang berlaku itu dapat membuka mata semua pihak bahawa negara Malaysia mempunyai undang-undang dan tiada siapa akan terlepas.

“Semoga berlakunya moment bersejarah ini,membuka mata semua pihak dan juga memberi AMARAN keras kepada ahli2 politik dan juga pemimpin-pemimpin kita,bahawa Malaysia mempunyai undang-undang dan sesiapa pun tidak terkecuali di bawah undang undang negara,” tulisnya.