fbpx

(Terkini!) Oprah Winfrey Akan Lancar Rangkaian TV Kabel Sendiri

Selepas berjaya di’nobatkan antara orang paling berpengaruh di Amerika Syarikat menerusi talk-show beliau, Oprah Winfrey merancang untuk meluaskan empayar.

Oprah Winfrey, 55 akan menamatkan rancangan bual bicara beliau pada 9 September 2011 dan memulakan “The Oprah Winfrey Network” (OWN).

OWN yang pada awalnya tertangguh pelancaran’nya sejak awal 2009 akan mula ke’udara pada Januari 2011.

Jurucakap Oprah berkata belum pasti talk-show Oprah akan di’siarkan di OWN atau Oprah Winfrey akan keluar dengan idea untuk rancangan baru.

‘The Oprah Winfrey Show’ yang berpusat di Chicago di’pancarkan terus ke seluruh Amerika Syarikat & lebih 140 negara lain bermula pada tahun 1986.

Sejak itu, rancangan ini menjadi rancangan paling banyak menghasilkan pendapatan dalam sejarah TV dunia.