fbpx

Meskipun terpalit pelbagai kontroversi, namun pelawak sensasi Shuk Sahar tetap positif dan perlu berjuang untuk mencari rezeki demi keluarganya.

Mengakui pendapatan terjejas apabila tidak lagi bergelar penyampai radio ditambah pula dengan aktiviti seni tidak dibenarkan, Shuk tetap bersyukur dengan rezeki diberikan.

BACA: Shuk Sahar Sangsi Isteri Izin Kahwin Lagi, Risau Ada Maksud Tersirat

“Alhamdulillah sihat, walaupun memang terkesan semenjak tiada lagi kerja radio dan langsung tiada shooting sekarang. Setiap hari saya perlu bangun dan kuat untuk berjuang mencari rezeki.

“Saya ada hutang yang perlu dilangsaikan, ada keluarga yang perlu ditanggung makan minum dan tempat tinggal. Saya juga percaya masih ada ramai lagi yang lebih kuat dan hebat dugaannya daripada saya,” katanya.

Kini sibuk menguruskan perniagaan minumannya, Semooth Cafe, Shuk mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terus menyokong dan menjadikan ia lebih semangat untuk terus berusaha.

“Terima kasih pada semua yang menyokong @semooth.cafe kerana buat masa sekarang cafe inilah yang memberi semangat baru pada saya…

“Walaupun lepas ni mungkin anda dah kurang dapat tengok saya di televisyen, dengan cara saya sendiri sampaikan order anda dari @semooth.cafe . Saya doakan supaya kita semua dapat kembali semula macam dulu-dulu,” katanya.