Shuk Sahar Sangsi Isteri Izin Kahwin Lagi, Risau Ada Maksud Tersirat
Minggu lalu, hangat diperkatakan mengenai rumah tangga pelawak popular Shuk Sahar yang dikatakan kembali bergolak apabila isterinyanya mendedahkan mengenai wanita yang sering menggangu rumah tangga mereka.
Malah, Rossalennah Natassyiah turut mendedahkan bahawa dia mengizinkan suaminya itu untuk berkahwin lain namun wanita itu supaya menerima keluarganya jika mahu berkahwin dengan suaminya.
BACA: “Madukan Isteri? Lambat Lagi, Jodoh Ditangan Tuhan”
Mengulas mengenai kebenaran isterinya berkahwin lain itu, Shuk berkata dia tidak akan mengambil kesempatan serta perlu berfikir secara rasional mengenai perkara itu.
“Apabila isteri izinkan tu, kena tahu dia betul-betul izin atau macam mana. Kena ambil tahu konteks. Jadi saya tak akan ambil kesempatan, apabila isteri cakap begitu maka saya sendiri kena fikir daripada semua aspek, ” katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Rossa berkata dia terbaca mesej perbualan antara Shuk dan seorang wanita yang dikenali di telefon bimbit suaminya kemudian bertindak memuat naik di media sosial.
“Mesej tu ada yang baru dan lama… lepas tu saya post di media sosial. Masa tu emosi terganggu dan dalam keadaan marah. Saya nampak mesej tu dalam telefon Shuk,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Bodo betoi popuan jenis gini.. hal rumah tangga sikit nk up kat ig.. bgtau buruk suami sendiri.. esok lusa ko baik balik pulak.. sendiri cari sakitttt.. patut suami ko da kena buang dari HOT FM jadi pengajaran la kat ko.. ni ko up lgi hal rumah tangga.. nak syuk kena tendang dari company semooth tu baru ko nk sedar ke???? Bodo2 jee cari publisiti.. time2 ada hal rumah tangga.. time2 tu review2 ko bertimbun2.. cari rezeki dari hal rumah tangga sendiri la ni.. saja je nk kasi media tau.. spaya makin rmai view ig ko.. so ko pon masyuk la kannn.. cara kotor sungguh la.. good job girl.. ????
Shuk tak salah. Kenapa korang nak meroyan????????????????? Laki korg ke?
Shuq x salah. Bini nye yg salah kali ni. Elok shuq didik bininya jaga kemaluan keluarga.
Nampak mesej dlm henpon somi, ko gi uplod kat media sosial? Ko ingat netizen ada masa nak jaga hal dlm kain korang? Byk lg masalah negara aku nak fikirkan. Next!
Tengok muke bini die ni mcm muke takley pecaya je. Kuat belakon ni