fbpx

Terkesan Dengan PKP, Sufi Rashid Nak Jual Kereta Audi

Pening memikirkan soal penjagaan keretanya jenama Audi yang baru berusia tiga tahun, penyanyi Sufi Rashid bercadang untuk menggantikannya dengan yang baharu.

Sufi berkata bukan mahu memuaskan kehendak tetapi mahu mencari kenderaan yang lebih sesuai dan mudah untuk kegunaan hariannya.

BACA: Akui Buta Huruf, Sufie Rashid Gigih Belajar Mengaji

“Dah tiga tahun guna kereta ni, jadi nak jual sebab nak beli lain yang lagi baru… nak jaga lagi senang.

“Kereta tak ada buat hal, sangat banyak berjasa selama tiga tahun. Kalau minor tu adalah, tapi bukan setiap bulan buat hal. Kereta continental memang high maintenance,” katanya.

Sebelum ini, menerusi Instagram Sufi meluahkan hasratnya menjual kereta Audi S5 3.0 V6 dan meminta pihak yang mahu membeli untuk menghubunginya.

Dalam pada itu, Sufi berkata dia memilih untuk menukar kereta ketika pandemik Covid-19 ini bukan bermaksud kewangannya stabil, sebaliknya dia perlu berkerja lebih keras untuk menjalani kehidupan.

Malah, Sufi juga memberitahu dia sudah memulakan perniagaan makanan ringan bersama isterinya sejak setahun lalu dan tidak bergantung dengan hasil pendapatan sebagai penyanyi semata-mata.

“Siapa ke tak terkesan dengan PKP, semua artis effected, ada show pun buat virtual je. Saya lebih fokus kepada perniagaan kerepek, sambal dan coklat bersama isteri.

“Terkesan tu memang terkesan la, tapi tidaklah teruk sangat, sebab saya tak mengharapkan sepenuhnya kepada kerjaya seni saja, buat bisnes, Alhamdulillah,” katanya.