fbpx

Terkena Kudis Herpes, Syafiq Farhain Nafi Hidap Penyakit Kelamin

Diserang kudis herpes, penyanyi Syafiq Farhain mengakui jangkitan tersebut menjejaskan aktiviti hariannya. Menurut Syafiq penyakit itu timbul sebaik sahaja sembuh daripada demam panas.

Syafiq turut menjelaskan bahawa bahawa herpse ada dua jenis dan jangkitan dialaminya itu bukanlah penyakit kelamin yang sering terjadi akibat aktif hubungan seksual.

“Herpes ni virus ada dua jenis iaitu HV-1 dan HV-2. Yang saya kena ni yang HB-1 hanya di kawasan bibir. Kalau HV-2 itu yang dekat kelamin. Sejak akhir-akhir ni kerap naik, sebulan sekali ada naik kat kawasan bibir.

“Jarang orang kena penyakit ni dan doktor beritahu virus yang saya kena ini memang dah ada dalam badan saya cuma aktif atau tidak sahaja.

“Dua hari lepas saya demam dan rasa tak sedap badan tapi saya masih lagi nak bersukan, malam tu suhu naik tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, Syafiq berkata virus menyerang jika antibodinya lemah dan perlu dirawat agar tidak merebak ke kawasan lain.

Kata Syafiq lagi, disebabkan jangkitan itu dia berada sakit dan menyukarkannya untuk menyanyi, makan dan bercakap. Ujarnya, dia perlu berehat dirumah dan menjaga pemakanan.

“Selain jaga makan saya kena rehat dulu kat rumah dalam beberapa hari. Kena makan antibiotik, ubat sapu dan ubat gatal,” katanya.