fbpx

Terjah Lubuk Shopping Ini Sebelum Terlambat, Ada Promosi Kaw-kaw!

Zaman sekarang ini ramai yang inginkan barang berkualiti tapi dengan harga jualan yang rendah.

Nak-nak lagi hujung tahun ni pasti ramai yang berebut tunggu sale. Ada berita baik untuk anda yang menanti jualan murah dan anda patut terjah lubuk ini untuk shopping sepuas hati dengan harga yang super duper hebat.

Senheng sedang mengadakan promosi hebat bermula sekarang sehingga 31 Disember ini sahaja tahu. Sangat sesuai untuk anda yang ingin ubah konsep deco rumah sempena tahun baru.

Terdapat banyak barangan elektrik yang dijual dengan harga yang tidak masuk akal. Dari sekecil-kecil barang sehinggalah sebesar barang.

Contohnya TV Samsung Smart UHD 49 inci hanya dijual pada harga RM1,699 + 450 dengan mata kad ahli Senheng PlusOne.

Pelbagai barangan lagi akan dijual dengan harga yang murah seperti telefon bimbit Samsung dengan harga RM829 dan 150 mata kad ahli Senheng PlusOne sahaja.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh tebus points sepanjang promosi berlangsung.

Menarik lagi, pemengang kad ahli Senheng PlusOne yang berdaftar sebelum 1 November, anda akan dapat Baucar Tunai PERCUMA bernilai RM100 (2 keping RM50).

Jadi kepada anda yang sudah lama jadi ahli Senheng PlusOne jangan lupa untuk gunakan baucer anda sebelum tamat tempoh dan anda boleh tukar baucer tersebut di mana-mana outlet Senheng.

Jadi apa tunggu lagi masa inilah untuk borong barangan Senheng tapi sebelum itu, jangan lupa semak mata terkumpul yang ada pada aplikasi Senheng untuk membeli belah dengan harga yang murah.

Bukan itu sahaja, Senheng juga membantu anda menjimatkan keperluan runcit harian anda dengan ‘Syiok-ing Deals’ seperti ubat gigi dengan harga dengan harga serendah RM6.50 dan 10 mata PlusOne.

Bagi pencinta bola keranjang, anda mungkin berminat dengan peluang ini untuk pulang ke rumah bola keranjang dengan hanya RM29.90 + 25 mata PlusOne.

Masa inilah untuk anda lengkapkan segala barangan rumah dengan harga yang berbaloi-baloi. Yang pastinya kualiti dari Senheng pasti tip top dan setiap barangan Senheng mempunyai warranty selama setahun dan diberi pula extra warranty satu tahun lagi kepada anda.

Nak lagi best, sepanjang promosi Senheng ini anda juga boleh menikmati 12% EZ Credit Rewards points!

EZ Credit Rewards points dijadikan sebagai wang tunai anda untuk anda membeli beberapa barangan elektronik yang berjenama.

Nak lagi best, untuk borong sakan semasa promosi berlangsung ni dengan harga yang jauh lebih murah dari orang lain anda haruslah jadi ahli Senheng PlusOne.

Dengan ahli Senheng PlusOne anda dapat bermacam-macam kelebihan bukan sahaja potongan harga di Senheng sahaja. Jika ingin tahu milikilah kad ahli Senheng PlusOne dahulu baru tahu!

Jadi apa tunggu lagi cepat terjah kedai Senheng yang berdekatan untuk rebut harga durian runtuh ini.