Susulan kemelutnya dengan pendakwah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew, ramai yang kurang senang dengan penyanyi rap, Caprice sehingga ada yang mengugut untuk membunuhnya.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Caprice dilihat ada memuat naik mesej berbaur ancaman menggunakan nama @fik_jamal yang dipercayai merupakan seorang ‘chef’. Tidak gentar dengan ugutan tersebut, Caprice berkata dia sama sekali tidak takut.

BACA: “Caprice Tak Boleh Berdiam Lagi Dah, Selama Ni Satu Malaysia Kena Tipu”

“Kita tidak goyang langsung, tiada ugutan-ugutan macam @fik_jamal. Tunggu @pdrmsia_offical Insya-Allah.

“Nanti kita sampai Kuala Lumpur Caprice tunggu awak depan pagar. Caprice mohon @malaysiaairlines periksa cef ini, pastikan pisau itu tajam sikit jangan guna pisau plastik,” tulisnya.

Semalam, menerusi satu perkongsian Caprice berkata dia tidak akan berdiam diri lagi memandangkan banyak ugutan diterimanya.

Menurut Caprice, dia akan tampil mempertahankan diri serta menerangkan satu demi satu pertuduhan yang disifatkan sebagai fitnah.