fbpx

Terima Mesej Lucah, Netizen Tegur Cara Pemakaian Zarina Anjoulie

Ramai yang tahu pelakon Zarina Anjouline sememangnya seorang yang lantang bersuara. Zarina juga seringkali tampil dengan pendapatnya mengenai isu yang berlaku di sekelilingnya dan sebelum ini pernah mendedahkan beberapa cerita panas selebriti.

Baru-baru ini, menerusi Instagram Zarina mendedahkan dia ada menerima mesej lucah daripada lelaki yang mengajaknya untuk melakukan perkara tidak senonoh. Rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dan marah kerana individu tersebut berani menghantar mesej sedemikian kepada pelakon tersebut.

BACA: Zarina Anjoulie Tak Mahu Lagi Dikaitkan Dengan Fathia Latiff

Bagaimanapun, ada netizen mengatakan, Zarina perlu menjaga cara pemakaiannya supaya tidak menjadi mangsa lelaki gila seks. Tidak kurang juga ada selelintir netizen menegur cara pemakaian Zarina yang bertudung tetapi tidak menutup bahagian yang sepatutnya.

Namun ada juga berpendapat ianya tiada kaitan dengan cara pemakaian seseorang wanita, sedangkan ada saja wanita berpakaian sopan pernah menjadi mangsa gangguan seksual.

Ini bukanlah perkara baru dalam industri hiburan tanah air, malah ada beberapa selebriti lain turut pernah mendedahkan menerima foto-foto lucah daripada netizen.