fbpx

Terima Mas Kahwin RM1,000, Nad Zainal Sah Bergelar Isteri Ungku Ismail

Perkongsian pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail mengejutkan ramai apabila memuat naik gambar dan video berpakaian serba putih sambil berpegangan tangan di masjid.

Menerusi kapsyen, Nad Zainal meluahkan rasa syukur serta turut berkongsikan gambar mas kahwin memaparkan mas kahwin diterima RM1,000 yang ditulis dibawah namanya dan Ungku Ismail.

BACA: “Saya Sangat Hargai Insan Bernama Ungku Ismail” – Nad Zainal

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NANAD (@nad.zainal)

Sementara itu, pereka fesyen duo Seth & Luna dilihat turut berkongsikan cerita menyimpan rahsia tersebut serta mengesahkan mengenai pernikahan pasangan tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SETH&LUNA (@sethandluna_malaya)

“Setelah lebih 7 tahun, berbagai ujian yang dihadapai… sempat berlinang air mata dan berkirim doa. Beliau mengetuk pintu kami untuk menyerahkan kepercayaan mereka busana pernikahan dia dan bakal suaminya. Antara rahsia yang kami simpan dengan penuh rasa hormat.

“Pada hari ini, kami berdua dengan penuh bangga hati mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru Nad Zainal  & Ungku Ismail semoga mahligai perkahwinan yang dibina berbahagia dan bekekalan hingga ke jannah. Kami sayang mu tau bestie,” tulisnya.

Terdahulu, Nad pernah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq Amiruddin pada 2015 namun berpisah pada 2022. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasangan cahaya mata.