“Saya Sangat Hargai Insan Bernama Ungku Ismail” – Nad Zainal
Selepas sebulan dimasukkan ke hospital akibat pendarahan dalam paru-paru, pelakon Nad Zainal memaklumkan dia sudah dibenarkan pulang ke rumah.
Menerusi satu sesi siaran langsung di aplikasi TikTok, Nad meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang kedua serta memerlukan rehat secukupnya.
BACA: Nad Zainal Dah Boleh Ketawa, Tak Lagi Dirawat Di ICU
Katanya lagi, keadaannya masih belum sembuh sepenuhnya serta mudah mengalami masalah pernafasan pendek dan tidak boleh banyak bercakap.
Nad juga terharu dengan keprihatinan rakan artis yang menjayakan tabung dana kecemasan bagi menampung kos rawatannya.
Memetik Harian Metro, ketika sesi Live itu juga, Nad berkata buat masa ini aktor Ungku Ismail antara individu yang rapat dengannya. Ujarnya, aktor itu banyak membantu dan menjawab segala spekulasi mengenai dirinya.
“Pada waktu ini, dia individu yang rapat dengan saya. Saya sangat menghargai insan bernama Ungku Ismail Aziz. Dia banyak membantu beri semangat dan menjawab segala spekulasi. Itu sajalah. Saya tak nak jawab lagi,” katanya.
Terdahulu, Nad dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri sejak 20 November lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
- SUMBER
- harian Metro
Baru bercerai tak manis nampak nyer. Cepat nikah yuk! Nnti tuhan uji lg dong ambil iktibar ya Nad.
SEMATA NAK PROMOTE DRAMA BODOH CINA BUTA! KALAU BETUL LA KAN SANGAP BETUL
BUAT2 SAKIT!
TAK PERNAH PUN ADA DOKTOR YG BAGI UPDATE MASA DIA KAT WARD. YG ACAH KOMA TU. TAK SUDAH SI JANTAN DESPERATE TU JE BAGI HAPDATE.
Elok je rupenye….takde pun rupe org baru pas bangun dari koma.
BapokTua : Mana boleh doktor bagi update kat umum hahahahahahaahahaha kita ada undang2 privacy lah hahahahahahaahhahahahahahahahahahahahahahahahahahhaahahahahahahahahah
Kalau doktor tu yg bg update ke media sosial, boleh kena saman doktor tu… Semua perkara berkaitan pesakit mmg akan jadi rahsia & xboleh didedahkan kepada umum… Kalau xtau jgn memandai2 jd palatao..