fbpx

“Terima Kasih Untuk 5 Bulan Terbaik” – Shila Amzah, Ubai Berpisah?

Perkongsian penyanyi Shila Amzah mengejutkan ramai seolah memberi bayangan hubungan cintanya dengan pempengaruh media sosial, Ubai sudah berakhir.

Menerusi entri itu, Shila ada memuat naik gambar mereka berdua serta mengucapkan terima kasih kerana menjadi teman terbaik buat dirinya.

BACA: Shila Amzah Lega Ubai Tak Hilang Ingatan Lepas Pembedahan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

“Terima kasih untuk lima bulan terbaik ini. Awak telah menjadi teman terbaik saya. Terima kasih sudah memberikan kasih sayang kepada Seth.

“Saya hanya mendoakan yang terbaik untuk awak. Semoga awak dimurahkan rezeki dan semoga awak dapat segala yang dihajati.

“Terima kasih untuk segalanya. Saya akan ingat memori ini sampai bila-bila,” tulisnya.

Terdahulu, pasangan itu dikatakan bakal melangkah ke fasa seterusnya dan Ubai sudah membeli sebentuk cincin. Namun, segalanya masih dalam perbincangan.