“Terima Kasih Munir Bahagiakan Marissa” – Abby Abadi

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai seorang jejaka dikenali sebagai Munir didakwa rapat dengan pempengaruh media sosial, Marissa Dania.

Turut menjadi perhatian, Abby Abadi dilihat memuat naik gambar bersama Marissa ketika menghadiri satu majlid dan turut kelihatan jejaka berkenaan.

BACA: “Bila Anak Lari Ke Rumah Mereka, Dihalau Ya” – Abby Abadi Ada Sebab Bersuara

Sementara itu, dalam satu hantaran Abby mengucapkan terima kasih buat anaknya yang tidak lokek berkongsi rezeki serta buat Munir.

“Thank you adik belanja mama, abah dan adik-adik duduk hotel. Terima kasih kerana berkongsi rezeki. Terima kasih Munir bahagiakan Marissa,” tulisnya.

Dalam hantaran lain, Abby turut meminta mendoakan yang baik-baik dan jika benar anaknya bertemu jodoh dengan Munir, pasti dia akan kongsikan.

“Doakan yang baik-baik ya. Nanti sampai masa, kalau ada jodoh saya kongsi,” tulisnya.

Abby turut menjawab satu hantaran netien yang melabelkan Munir sebagai lelaki red flag serta mengatakan apa yang penting jejaka itu masih single.

“Biasalah manusia, ada yang suka dan ada yang tidak. Itu perkara biasa. Dengki-dengki pun biasa. Tak mungkin kita mampu nak puaskan hati semua. Paling penting dia single dan tak terkait dengan kehidupan orang lain,” tulisnya.

Sumber: Astro Gempak

×